SINOPSIS NOVEL
Perkahwinan
antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai
hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger
tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas
tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya.
Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya
pernikahan itu
Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu
hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya
disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun
jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti
dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger
juga layak untuk dicintai!
Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa
permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi
kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan.
Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan
penyelesaian terbaik.
"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....
"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."
"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun
jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"
"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"
"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur
dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup
dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?
PENDAPAT AKU
Novel yang bagus..tak sangka perempuan macam Hannah nie boley cair dengan Uwais..tapi kalaw aku jadi dya..aku pun cair..hehe..nama depa pun sedap noh..
No comments:
Post a Comment